Selak Blog

Sunday 11 December 2011

Hikmah Long Distance

Gembira. Excited. Hati berbunga-bunga. Ibarat jatuh cinta sekali lagi.
Jantung berdebar-debar. Selalu 90 beat per second, kali ini agaknya mencapai 120 beat per second.

Sekejap-kejap tengok jap. Sekejap-kejap check telefon, check calendar.

Pakai baju cantik-cantik. Make up tebal dari biasa.
Oh cuci kereta siap-siap.

Rumah pun habis bersih. Nak masak apa pun dah ready. Dah survey resipi online dari minggu lepas.
Bangun awal pagi-pagi nak beli barang nak masak.

Dah siap reserve tiket wayang.

Dah siap semua :)

Thursday 17 November 2011

5 Tip Buat Suami Isteri Berjauhan

Entry kali ini sangat 'kena' dengan situasi saya kerana sejak dari hari pertama selepas majlis perkahwinan, saya dan suami memang tinggal berjauhan, 350km away jaraknya!

Walaupun sememangnya saya jenis independent tapi ada juga sekali sekala terbit pemikiran alangkah baiknya kalau dapat tinggal bersama waktu ini. Tapi nak buat macam mana, tuntutan kerja menyebabkan ramai pasangan suami isteri yang baru berkahwin sekarang terpaksa duduk berjauhan. Alahai..

Apa pun, saya dah 6 bulan menjalani kehidupan sebagai isteri & bakal ibu yang tinggal berjauhan dengan suami. Paling mencabar adalah ketika saya disahkan hamil dan mula alami alahan. Menitis juga air mata kerana waktu saya mula alahan kebetulan jatuh pada bulan puasa. Sudahlah buka puasa pun kadang kala seorang diri, muntah, loya dan pening pun semuanya tanggung sendiri, apetah lagi mahu bermanja-manja. Inilah dugaan dan cabaran yang sebenarnya benar-benar menguji kita sebagai isteri, tambahan kita juga punya tanggungjawab yang besar pula di tempat kerja.

Apapun saya ada mengamalkan beberapa tips berjauhan yang membolehkan saya 'kuat' sehingga ke saat ini.

TIPS 1
Hindari pemikiran yang bukan-bukan terhadap pasangan. Ini tersangat penting, sebab rasa percaya terhadap pasangan akan membuatkan kita rasa tenteram untuk meneruskan kehidupan seorang diri walaupun telah bergelar isteri. Bagaimana mahu emosi stabil kalau kita sentiasa membayangkan suami atau isteri berfoya-foya nun jauh di sana? Walaupun anda seorang yang 'jeles' sekalipun (tak salah :D), mesti tanamkan rasa percaya pada pasangan dan berazam mahu mulakan kehidupan rumahtangga yang aman dan bahagia.

Jika sukar untuk hindari pemikiran bukan-bukan, anda boleh develop hobi untuk elakkan mempunyai masa lapang untuk berfikiran bukan-bukan. Biasalah, bisikan syaitan tu lebih kuat bila dah berkahwin ni :). Anda boleh bina hobi bersukan, blogging, buat bisnes online (bagus ni!), hadiri kelas agama di masjid, pergi ke spa atau apa sahaja yang anda rasa anda minat.

Kalau tak ada satu pun yang anda suka, anda boleh cari kehidupan sosial lain (yang halal semestinya) seperti lepak di rumah kawan main PS3, atau bershopping dengan sepupu yang tinggal berdekatan (kalau ada atau siapa-siapa pun boleh!).

Macam saya, saya suka hiking dan pergi ke spa ;) Ohh, blogging juga!

TIPS 2
Komunikasi melalui medium alternatif. Yang ini dah tentu ramai yang dah expert. Waktu ini dah terlalu banyak medium untuk berkomunikasi seperti VOIP, video call, telefon, dan chat service.

Video call pun sekarang dah murah. Saya dan suami ambil pakej Digi Friends & Family (bukan nak promote ye!) dengan komitment RM80 sebulan yang membolehkan kami buat phone call, MMS, SMS dan video call sesama sendiri tanpa had! Ohh terbaru saya dah tukar pakej saya untuk tambah packet data rate dengan komitmen RM68 sebulan. Saya tak pasti tentang telco operator lain, tapi terpulang masing-masinglah nak pilih pakej mana.

VOIP dan video call over IP pun dah berlambak-lambak. Kalau anda tinggal di benua lain sekalipun, talian Internet memang satu-satunya penyelamat! Ada Yahoo Messenger, Skype, Facebook Video Conference, dan bermacal-macam lagi yang saya pun dah tak catch up. Dalam Android market tu, entah apa-apa application yang anda boleh download & install yang memberi service untuk free voice dan video call over IP. Yang penting, anda mesti ada line Internet lah :) Sekurang-kurangnya dengan kelajuan 2 MBps untuk tak buat anda naik 'hangin' hehe.

Bila dah ada semua medium ini, pakailah cantik-cantik dan handsome-handsome untuk dilihat suami atau isteri anda. Sama-samalah update cerita masing-masing dan anggap pasangan anda ibarat best fren anda. Kalau ada luahan sekalipun, tak salah untuk menangis walaupun depan laptop!

TIPS 3
Kuatkan semangat apabila bersendirian. Bukannya setiap masa anda boleh bercakap atau berhubung dengan pasangan anda yang jauh. Apabila bersendirian, mesti kuatkan semangat dan belajar berdikari. Saya sangat memahami bila semuanya anda perlu lakukan bersendirian sedangkan sebelum kahwin anda impikan yang indah-indah.

Satu perkara yang saya sentiasa ingat adalah berfikir bahawa ada orang yang lebih kurang bernasib baik dari kita. Misalnya dalam situasi saya ini, ada kawan saya yang tinggal di UK dan terpaksa membesarkan anak bersendirian sambil menyambung pengajian. Terpaksa hantar dan ambil anak ke nursery setiap hari dan berhadapan cuaca sejuk semasa winter. Merantau di negara orang tidaklah semudah yang kita sangka.

Ada juga rakan suami saya yang isterinya sehingga bersalin pun suami masih tak dapat berpindah dekat dengan isteri. Jadi, secara automatik saya berasa 'malu' untuk mengeluh tentang keadaan diri saya biarpun saya hamil. Masing-masing punya dugaan tersendiri dalam kehidupan, tak perlu kita rasa sedih dengan keadaan diri kita sebaliknya harus bersyukur kerana ada orang yang menjalani kehidupan yang lebih sukar dari diri kita.

TIPS 4
Usahakan bertemu pasangan sekurang-kurangnya sebulan sekali. Walaupun ada medium lain tapi berjumpa depan-depan dah tentulah berbeza. Kalau kerap sangat pun nanti anda sendiri yang penat berulang alik dan maklum sajalah, di awal perkahwinan ni ekonomi keluarga masih belum mantap. Besar juga modalnya kalau nak berjumpa selalu tu! Sebulan sekali tu dah kira okay, tapi bagi saya jarak dua minggu lebih sesuai, bergantung pada kemampuan, masa dan keadaan. Kalau seorang di Malaysia, seorang di Vietnam, agak mustahil lah kan.

TIPS 5
Bila dah bertemu, buatlah aktiviti yang jarang-jarang dapat anda lakukan jika bersama orang lain. Yang ini terpulang masing-masing. Saya biasanya ambil peluang ini untuk bermanja dan dimanjakan.

Tapi sebenarnya buat aktiviti apa pun, ianya lebih bermakna bila kita lakukan bersama orang yang kita sayangi walaupun cuma makan bersama. Betul tak? Hehe..


Pendapat saya, sebenarnya berjauhan ni lebih dapat mengeratkan kasih sayang suami isteri sebab lepas berjumpa dan masing-masing terpaksa 'berpisah' lagi, perasaan rindu tu lebih membuak-buak. Tapi bukan bermakna saya nak tinggal berjauhan selama-lamanya. Semoga tak lama lagi berita gembira bakal didengar!

Tips Untuk Mother-Wannabe

Entry kali ni merupakan pendapat peribadi saya tentang tips untuk hamil bagi mother-wanna-be yang tak mempunyai masalah hormon atau kesuburan sama ada di pihak isteri mahupun suami.

Tips pertama yang saya perolehi adalah mengamalkan pengambilan iron dan folic acid seawal 3 bulan sebelum anda merancang untuk hamil. Sebenarnya saya tak tahu pun tentang tips ini sehinggalah saya bertanya tentang supplement apa yang perlu diambil selepas saya disahkan hamil. Rupa-rupanya pengambilan acid folic tu sebaiknya diambil sebelum hamil.

Kebetulan pula semasa majlis kahwin mahu berlangsung dua bulan sebelumnya saya mengalami tekanan darah rendah yang menyebabkan saya letih dan sering rasa mengantuk. Suami (ketika itu masih tunang) mencadangkan saya makan supplement untuk ibu mengandung yang warnanya dark pink, sebab vitamin tu mengandungi IRON yang boleh membantu normalizekan semula tekanan darah saya.



Inilah supplement saya beli di farmasi. Seingat saya harganya RM35 untuk 30 biji. Makan sebiji sehari. Dan berkat izin Allah, saya kuranglah sikit letih dan mengantuk. Kalau tak, saya balik kerja terus melepek tak larat langsung dah nak buat kerja lain. Amaran: Kalau anda makan pil iron ni, mungkin ada kesan pada warna stool (najis) anda. Saya malas nak bagitau di sini, tapi kalau anda tetap nak tau apa kata cuba dulu consume iron pill selama 2-3 hari dan lihatlah sendiri :)

Semasa majlis kahwin saya pula saya datang bulan. Tapi period saya ketika itu agak lama menjangkau berbelas-belas hari (tak sampai 15 hari), sesuatu yang tak normal bagi saya. Tapi ianya pernah terjadi kalau saya tertekan atau terlalu letih (fizikal). Jadi, mungkinlah bukan rezeki saya dan suami untuk saya bunting pelamin :P

Sebulan kemudian saya period semula. Saya masih consume Iberet Folic, cuma selang seli kerana kadang-kadang miss sebab lupa. Oleh kerana kitaran period saya sentiasa teratur sejak saya mula period kali pertama, jadi senang saya nak mengira hari subur saya.

Jadi inilah tips kedua, memahami kiraan tarikh subur anda. Biasanya sebaik habis period, tempoh 3-5 hari selepas hari terakhir itulah tempoh paling subur yang bagi yang tempoh periodnya  7-9 hari. Untuk cara kiraan tarikh subur yang betul-betul, anda boleh refer di sini.

Jadi aktif-aktiflah anda pada tempoh ini ye. Hehe.

Tips ketiga, seeloknya jangan makan sebarang ubat-ubatan atau makanan tambahan yang pelik-pelik. Saya tak pasti tentang jamu atau herba, tapi pengambilan drugs lain tak digalakkan sebab mungkin akan ada kesan pada kesuburan, bergantung kepada jenis drugs.

Tentang badan besar pulak, ada yang mengatakan sukar untuk hamil (tak kiralah yang berbadan besar itu lelaki atau perempuan). Namun sekiranya anda seorang yang aktif (bersukan misalnya) serta hormon anda stabil, berbadan besar sekalipun tetap boleh hamil.

Wednesday 16 November 2011

Hamil Kali Pertama

Salam!! Nak rasmikan blog ni.. with this entry. Enjoy!!

Zaman bujang dah tamat. Hiruk pikuk kenduri dah over. Anda officially husband and wife skarang. Tahniahh!!

Hehe, excited sangat kan nak melayari bahtera rumahtangga bersama suami tersayang. Semuanya berubah. Status berubah, mood berubah, fizikal berubah (ade yang makin berisi hehe), penampilan berubah, tingkahlaku pun berubah (ke arah yang lebih baik Alhamdulillah), rutin pun berubah.

Ada yang sempat pegi honeymoon, ada yang terpaksa tangguh dulu.

Ada yang tinggal berjauhan, ada yang tinggal dengan family atau family mertua, ada yang menyewa, ada yang dah duduk rumah sendiri, dan ade jugak yang pindah randah (ade ke? hehe).

Seminggu berlalu. Sebulan berlalu. Tiga bulan berlalu. Hidup tiba-tiba jadi normal semula. Masih hangat tapi tak se-excited masa sebulan pertama. Hehe. Takpe ini normal.

Bulan ni period lewat. Alamak kenapa pulak ni, ada masalah hormon ke? Eh mungkinkah aku....? Nak tanya orang malu. Jadi terus google cari pregnancy test jenis apa yang bagus nak beli. Berapa harganya. Kat mana nak beli. Macam mana nak test. Wahh banyaknye panduan!!

Betul tu. Memang inilah debaran yang ditunggu setiap pasangan yang baru berkahwin - fasa menimang cahaya mata pertama. Lebih suspen bile period kita dah due dekat seminggu lebih tapi masih tak datang-datang. Itulah jugak yang saya rasa pertama kali termiss period selepas sebulan berkahwin, honeymoon pun still tak sempat sebab cuti tahunan dah habis :)

Seperti semua first time mommies, saya pun google cari info tentang Pregnancy Test Kit. Nak tanya orang saya malu kerana takut sebenarnya saya cuma terlebih excited tapi rupanya takde ape pun (stigma).

Apapun sedikit panduan tentang ujian kehamilan berdasarkan apa yang saya baca.

1. Boleh lakukan sendiri ujian kehamilan di rumah, dapatkan pregnancy test kit di farmasi. Ada bermacam-macam jenis. Saya guna yang warna biru tu. Harga sekitar RM6 - RM20. Saya beli yang harganya RM12 tapi dapat dua :)
2. Ujian kehamilan boleh mula dilakukan seawal 10 - 13 hari dari conception date (tarikh persenyawaan). Boleh mula buat ujian sehari selepas miss period. Tapi untuk lebih kepastian tunggulah seminggu.

3. Ujian kehamilan bertujuan untuk ukur kandungan hormon hCG (human chorionic gonadotropin) dalam urin. Pengambilan caffeine biasanya tak menjejaskan result tapi eloklah kalau dielakkan sehari sebelum buat ujian.

4. Sesetengah pregnancy test kit perlu titiskan urin pada alat. Ada sesetengah datang dengan mangkuk (cup), tadah urin di dalam cup dan rendamkan hujung kit. Pastikan anda baca manual betul-betul sebelum guna. Nanti silap guna membazir je beli :)

*Jangan dip urin pada strip warna biru pulak :)



5. Keputusan urin boleh dilihat dalam masa 30 saat sehingga 5 minit. Anda positif hamil kalau nampak satu lagi line.

Kalau result ujian anda double line, tahniah anda positif hamil. Bermula la era baru dalam hidup. Jangan lupa bagitau suami supaya boleh kongsi berita gembira ni sama-sama. Mesti dia bangga dan rasa hebat :P

Tapi kalau negatif, jangan risau, mungkin jugak anda tersilap buat atau buat ujian terlalu awal (hormon hCG masih belum ada). Untuk lebih pasti, boleh buat ujian kehamilan kat mana-mana klinik.

Ini baru ujian kehamilan. Fasa trimester pertama masih panjang. Selamat membaca entry seterusnya :)